Kertas kerja program anak angkat 2. Clipping is a handy way to collect and organize the most important slides from a presentation. You can keep your great finds in clipboards organized around topics.
Mengantuk, stress, pls do this simple exercise below Selamat Mencuba!! Ni ala taichi sikit la sebagai intro dan warming up. Tiru la macam ni untuk melegakan bahu dan leher. Wa.wa.aaa gerak kekanan kemudian ke kiri. Gerak ke kiri kemudian ke kanan ikut je ler jangan terpusing kepala udah la. Tepuk kuat kuat kat dahi. Ni untuk hilang mengantuk.
Dah tu buat gerakan tangan dan badan buat macam happy aje. Kemudian goyang2 kaki dan badan sikit buat macam takde masalah buat secara agresif pula jangan peduli apa orang lain kata.
Hilangkan semua stress pusingkan kepala tengok muka kat cermin sambil goyang2. Lawa tak akhir sekali buat joget kucing - kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mewujudkan hubungan dua hala antara guru-guru dan ibu bapa murid tahun 6 dalam memastikan kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang program- program bagi menghadapi peperiksaan yang telah dirangka untuk sepanjang tahun. Ibu bapa juga diharap lebih fokus dan dapat memberi perhatian yang lebih terhadap anak-anak. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh ibu bapa murid tahun 6 berbanding tahun terdahulu.
![Program Program](http://image.slidesharecdn.com/kertaskerjakursus-140916214852-phpapp02/95/kertas-kerja-kursus-1-638.jpg?cb=1410904238)
![Program Program](http://www.bumiresources.com/uploads/2018-bumi-resources/06/dd4c8d316c00afa797639ff689761b0b_0cd25ae44a1641786f911936a2511a1d_big.jpg)
Di harapkan pencapain UPSR bagi tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun terdahulu. Program ini dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, seterusnya ceramah motivasi keibubapaan oleh ustaz yang dijemput khas dari Masjid (LKTP) Keratong 1. Majlis diteruskan dengan pembentangan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun oleh Ketua Jabatan Tahun 6 iaitu Pn. Masitah Binti Osman.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar iaitu En. Abdul Wahat bin Salleh. Guru Besar membentangkan pencapaian UPSR bagi tahun lepas dan berharap pencapaian tahun ini akan lebih baik. Majlis diteruskan lagi dengan pemberian cenderahati kepada murid-murid UPSR 2012 yang mendapat 5A. Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar aku janji murid-murid tahun 6.
Semoga program ini dapat memberi pendedahan kepada para ibu bapa dan warga sekolah dalam memastikan kejayaan murid-murid tahun 6 dalam peperiksaan UPSR 2013. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Salam pertama dari saya. Syukur ke hadhrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih berupaya untuk bekerja dan bersemangat untuk mendidik. Kita seharusnya syukur kerana dipilih untuk untuk menjadi seorang cikgu. Satu profesion yang sememangnya dianugerahkan terus dengan panggilan keramat 'CIKGU'.
Setiap hari kita akan dipanggil “cikgu”, oleh murid-murid, ibu bapa, rakan-rakan serta mereka yang berada di sekitar kita. Begitulah, dengan kemuliaan sebagai pendidik, seharusnya kita mempunyai jiwa yang besar. Dengan tugas berat yang banyak kena kita tanggung, sayugialah kita terus terusan melaksanakannya dengan penuh redha, tekun, cekal dan tekal. Bayangkan, berapa orang doktor, jurutera, angkawasan, usahawan, saintis, tok imam, tok kadhi dan sebagainya yang akan kita lahirkan sepanjang kita berprofesion sebagai cikgu. Kalau betul sentuhan kita, moleklah jadinya. Kalau silap ajaran kita, rumitlah akhirnya. Selami diri dan jadilah guru yang sentiasa lebih baik pada hari-hari seterusnya.
Cikgu-cikgu SK (Felda) Keratong 1; thank you for being my friends.